UBAH
Thursday, 12 November 2015 • 11:53 • 0 comments
Assalamualaikum,
Hari ni saya nak berkongsi pendapat yang ringkas mengenai sesuatu perkara.
Seringkali kita melihat orang yang lebih bijak daripada kita , lebih kaya daripada kita , lebih berkuasa daripada kita, lebih segala-galanya daripada kita.
Kita sering berasa iri hati ,marah dan tidak puas hati dengan keadaan tersebut.
Adakah kita menjadikan 'orang yang lebih segala-galanya' itu sebagai musuh atau saingan.
Bagi pendapat peribadi,
Sekiranya kita menganggap dia sebagai seorang musuh , kita akan cuba menjatuhkannya , memfinahnya (dengan cara kasar atau halus) atau lebih teruk lagi membencinya
Tetapi ,
sekiranya kita menganggapnya sebagai saingan ,
kita akan lebih bijak merancang strategi untuk melangkah satu tapak di hadapan daripada saingan kita.Kerana tidak semua saingan mampu ditewaskan dengan cara yang mudah.
Saingan yang sihat perlu kita wujudkan dalam persekitaran masa kini.
Caranya cukup mudah dan insha Allah berkesan.
Pertama sekali ,kita hendaklah mengasah kebolehan kita semaksimum mungkin. Potensi diri yang digilap akan menjadi permata berharga buat diri kita dalam memenangi sesebuah persaingan.
Kedua , kita hendaklah menonjolkan kebolehan dan bakat yang ada dalam diri secara berperingkat supaya konsisten dalam mengaplikasikan kebolehan diri secara menyeluruh, sepanjang hayat.
Ketiga, kita hendaklah sentiasa mendengar dan menerima kritikan orang lain supaya lebih maju ke hadapan . BE POSITIVE . Tak semua kita lakukan itu perfect .kan ??
Akhir kata,
Manusia memang mudah menegur tapi susah untuk menerima teguran .
kenapa saya berkata sebegitu ?
kerana Teguran adalah titik permulaan sebuah kehidupan .
Manusia biasanya apabila sudah selesa,mereka TIDAK mahu berubah(rasa diri cukup baik)
Apabila perubahan ke arah positif selalu dikemaskini, maka kita akan mampu menjadi manusia yang berdaya saing .
Kehidupan di dunia hanya sementara , pahit atau manis perjuangan kita kena telan.
Perubahan bukan sekadar luaran malah dalaman.
dalaman tu bukan sekadar agama sahaja . akhlak pun sama , sosial pun sama
#jangansosialsangat
#jangananti-sosialsangat
#roadtotest2sem2
xoxo, The Shining Star
Disclaimer

«
«
«
«
Taggie Board
[!] IMPORTANT [!]
Back to past
Credits

Edited : Haliza
Helped : Ayem, AskarrPink, Ziera
Header & Cursor : Ziera
Background : Qihah
Font : Google